:: KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF (AMBILAN
JUN) BAGI SESI AKADEMIK 2005/2006 ::
Pengurusan Pengambilan
- Bahagian
Pengambilan dan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertanggungjawab menyelaraskan kemasukan
bagi Ambilan Jun atau Semester 1 untuk tujuh belas buah (17) IPTA di Malaysia
termasuk UPSI.
- BPKP IPT
juga memproses permohonan untuk Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di
semua IPTA bagi Ambilan Jun.
Permohonan
Kemasukan Bagi Kemasukan Calon Lepasan STPM/Setaraf (Ambilan Jun)
- Semua
calon STPM 2002, 2003 dan 2004, Matrikulasi 2004 dan calon Lulusan Diploma
diwajibkan memohon ke IPTA melalui kaedah Dalam Talian (On-Line Application).
- Kategori Calon Yang Layak Memohon Kemasukan Ke Program Pengajian
Lepasan STPM/Setaraf Bagi Ambilan Jun:
Lulusan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/ASASI
UM/Tahun Asas UTM; -sila
klik di sini untuk syarat-
Lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun semasa
dan 2 tahun sebelumnya; -sila
klik di sini untuk syarat-
Lulusan Diploma/Setaraf dan Lulusan STPM yang menduduki peperiksaan
pada 3 tahun ke atas sebelum tahun semasa. -sila
klik di sini untuk syarat-
:: PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN PELAJAR
KE PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA YANG DIURUSKAN SENDIRI OLEH UPSI
::
Pengenalan
- Pengambilan
secara terus (“direct application”) yang diuruskan sendiri oleh
UPSI tanpa melibatkan BPKP, IPT dan IPTA lain di Malaysia melibatkan saluran-saluran
berikut:-
Kemasukan
Semester Kedua (Ambilan November)
- Proses
pengambilan dan kemasukan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh Unit Kemasukan,
Bahagian Akademik, UPSI. Kemasukan Semester Kedua dibuka kepada semua warganegara
Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat dan program pengajian yang ditawarkan
bagi setiap sesi pengambilan.
Pengurusan
Pengambilan
- Unit Kemasukan,
Bahagian Akademik, UPSI bertanggung jawab menyelaraskan kemasukan bagi Ambilan
November atau Semester 2 untuk enam (6) buah Fakulti di UPSI.
- Unit Kemasukan,
Bahagian Akademik juga memproses semua permohonan kemasukan untuk semua program
pengajian peringkat ijazah pertama yang ditawarkan bagi Ambilan November.
Kemasukan
Pelajar Bukan Warganegara
- Proses
pengambilan dan kemasukan pelajar diuruskan secara bersama oleh Unit Kemasukan,
Bahagian Akademik dan Pusat Perhubungan Antarabangsa, UPSI. Kemasukan Pelajar
Bukan Wargangera adalah tertakluk kepada dasar-dasar dan syarat-syarat serta
program pengajian yang ditawarkan.
::
PROGRAM KERJASAMA UPSI DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG), KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA ::
.::
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) ::.
Pengurusan Pengambilan
- Proses
pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh BPG, KPM. Pelajar yang berjaya
dipilih dan ditawarkan kemasukan akan ditempatkan di empat (4) buah Maktab
Perguruan selama satu (1) tahun dan kemudiannya akan menyambung pengajian
mereka selama dua (2) tahun di UPSI.
Calon
Yang Layak Memohon PKPG
- Program
ini hanya ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
(Guru DG6), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sistem
Akademik
- Struktur
pengajian program ini ialah 1 + 2 (3 Tahun). Pelajar diwajibkan mengikuti
tiga (3) tahun pengajian iaitu satu (1) tahun di Maktab Perguruan dan dua
(2) tahun di UPSI.
Maklumat
Lanjut
- Sebarang
maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan dan urusan lain yang berkaitan
dengan PKPG bolehlah dikemukakan kepada :-
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2-6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62640 PUTRAJAYA
No. Tel :
No. Faxs :
(untuk tujuan pertanyaan / surat-menyurat sahaja)
.:: PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN
TESL, PROGRAM KERJASAMA UPSI DENGAN BPG, KPM DAN MAKTAB PERGURUAN SULTAN ABDUL
HALIM SHAH (MPSAH) ::.
Pengurusan Pengambilan
- Proses
pengambilan pelajar dikendalikan secara bersama di antara BPG, KPM dan Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelajar yang berjaya dipilih dan
ditawarkan kemasukan akan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
Shah (MPSAH), Sungai Petani, Kedah selama satu (2) tahun dan kemudiannya akan
menyambung pengajian mereka selama dua (2) tahun di UPSI.
Sistem Akademik
- Struktur
pengajian program ini ialah 2 + 2 (4 Tahun). Pelajar diwajibkan mengikuti
dua (2) tahun pengajian di MPSAH dan dua (2) tahun pengajian (2) di UPSI.
Maklumat Lanjut
- Sebarang
maklumat lanjut mengenai program ini, anda bolehlah dikemukakan kepada:
Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2-6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62640 PUTRAJAYA
No. Tel :
No. Faxs :
(untuk tujuan pertanyaan / surat-menyurat sahaja)
:: PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR
(MOD BIASA DAN MOD INTENSIF), PROGRAM KERJASAMA UPSI DENGAN BPG-KPM DAN INSTITUT
AMINUDDIN BAKI (IAB) ::
Pengurusan Pengambilan
- Proses
pengambilan pelajar dikendalikan secara bersama di antara BPG, KPM, Institut
Aminuddin Baki (IAB) dan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Bidang kursus yang ditawarkan bagi program ini ialah Ijazah
Sarjanamuda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi.
Struktur Pengajian
- Mod Intensif
(2 Tahun: Lapan Fasa)
- Mod Sepenuh
Masa (8 Semester)
Maklumat Lanjut
- Maklumat
lanjut mengenai program ini, anda bolehlah dikemukakan kepada:
Institut Aminuddin Baki (IAB),
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Sri Layang, 69000
Genting Highlands, Pahang Darul Makmur
No. Tel : 03-61005028
No. Faxs : 03-61005037
(untuk tujuan pertanyaan / surat-menyurat sahaja)