Pengumuman Penting

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (MULAI AMBILAN 2013) : PENDAFTARAN SEMESTER BAGI SEMESTER 3 SESI 2014/2015 (SEMESTER KHAS)

PENDAFTARAN SEMESTER BAGI SEMESTER 3 SESI 2014/2015 (SEMESTER KHAS)

 

  1. Pendaftaran semester WAJIB dibuat sama ada melalui MyUPSI Portal atau secara SMS dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar semester bermula pada 30 Mac 2015 hingga 6 April 2015.
     
  2. Sekiranya pelajar mendaftar semester melalui MyUPSI Portal, pelajar dikehendaki mengemaskini profile pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat-menyurat kepada pelajar.
     
  3. Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 7 April 2015.
     
  4. Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti.  Semua pelajar program Diploma adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008.
     
  5. Jadual Kuliah hanya boleh dicetak selepas pelajar membuat pendaftaran semester (sekiranya mendaftar melalui MyUPSI Portal).

 

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

 

Tarikh Notis         :           26 Mac 2015

Dikeluarkan oleh   :           PEJABAT PENDAFTAR, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK (UNIT PENDAFTARAN)

Telefon              :           05-4506992/6991/6923

E-mel                 :           This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tarikh Sah Notis   :           30 Mac 2015 hingga 6 April 2015

SEMAKAN PANGGILAN MENDUDUKI UJIAN KHAS

Semakan panggilan menduduki ujian khas bagi program Diploma Muzik, Tari dan Teater Sesi Akademik 2015/2016 (Jun) boleh dilakukan pada 13 April 2015 (Isnin) selepas jam 12.00 tengah hari.

Sila klik disini untuk membuat semakan.

Semakan panggilan menduduki ujian khas bagi program Diploma Bahasa Inggeris Sesi Akademik 2015/2016 (Jun) boleh dilakukan pada 15 April 2015 (Rabu) selepas jam 4.00 petang.

Sila klik disini untuk membuat semakan.

PERMOHONAN PERTUKARAN PELAJAR INTERNATIONAL STUDENT EXCHANGE PROGRAM (ISEP)

Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk memohon Program Pertukaran Pelajar melalui International Exchange Student Program (ISEP) pada Semester 2 Sesi 2015/2016 (Februari 2016), tarikh tutup permohonan adalah pada 10 April 2015.

Bilangan Pelawat

998974
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
25450
40267
364627
509875
500932
115949
998974

Your IP: 54.145.194.205
Server Time: 2015-04-19 10:53:47
 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan