OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
You are here: Home
::MEdSI Test Guide | Panduan Ujian MEdSI :: Print E-mail





PANDUAN UNTUK UJIAN MEdSI AMBILAN JULAI 2008/2009

  1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my mulai 10 April 2008.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 19 April 2008 kecuali negeri Perak iaitu pada 20 April 2008 (Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April 2008.

  3. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my

  4. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

  5. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  6. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.

  7. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  8. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

  9. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

  10. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

  11. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.

  12. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).




Dikeluarkan oleh : Unit Kemasukan, Bahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris