OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
You are here: Home arrow Academic Units arrow Admission arrow Interview
::Interview | Temuduga:: Print E-mail

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGA

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki

  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in);
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.

Etika Pakaian Perempuan

  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad

Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Membawa Pakaian/Peralatan Khas

Bagi program yang memerlukan ujian khas, calon diminta membawa pakaian/peralatan khas seperti berikut :

Program Pendidikan Sains Sukan/ Pendidikan Jasmani

  • Baju T berkolar
  • Seluar sukan
  • Kasut sukan

Program Pendidikan Muzik

  • Alat muzik

4. Dokumen Asal 

Anda dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-

        • Kad Pengenalan/MyKad Calon;
  • Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan);
  • Sijil SPM/Setaraf;
  • Sijil Kelahiran Calon;
  • Transkrip penuh akademik;
  • Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
  • Diploma/Sijil (Jika Ada); dan
  • Akuan majikan (Jika Berkaitan);
  • Sijil MUET;

5. Membawa Slip Menghadiri Temu Duga

 

  • Calon diminta membawa Slip Menghadiri Temu Duga; 
  • Slip Menghadiri Temu Duga boleh dicetak melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (http://www.mohe.gov.my)
  • Kegagalan membawa Slip Menghadiri Temu Duga boleh menyebabkan calon dihalang daripada menghadiri temu duga.