OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
You are here: Home
::MEdSI Test | Ujian MEdSI:: Print E-mail

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru.

Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

  1. Personaliti
  2. Minat Kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.


Pelaksanaan
MEdSI dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan calon guru yang dipilih adalah sesuai dari segi personaliti, minat kerjaya, integriti dan kecerdasan emosi.

Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

HAK CIPTA TERPELIHARA
Dokumen MEdSI adalah sulit dan terkawal. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI


1.
Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan
 Etika Pakaian Lelaki
 
  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
 Rambut Lelaki
 
  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.
 Etika Pakaian Perempuan
 
  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
 Rambut Perempuan
 
  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan.
2.Membawa Alat Tulis
 

Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :

  • Pensil 2B
  • Getah Pemadam (Eraser)
  • Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru
3.Membawa Kad Pengenalan /MyKad
 Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
4.Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
 
  • Calon diminta membawa Slip Menduduki Ujian;
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (http://www.mpm.edu.my)
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.