OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
You are here: Utama
:: FAQ | Soalan Lazim ::
FRONTPAGE_NO_TRANSLATION_AVAILABLE

:: Soalan Lazim - Unit Pengijazahan ::

1. Bilakah surat tamat pengajian dikeluarkan?

Surat tamat pengajian akan dipos bersama sama dengan slip keputusan semester akhir selepas Senat Universiti mengesahkan senarai pelajar yang layak bergraduat

2. Berapakah tahap Band MUET yang perlu dicapai bagi membolehkan saya bergraduat?

Semua pelajar diwajibkan lulus MUET pada Band 4 bagi program TESL dan Band 2 untuk program lain.

3. Bilakah tarikh temuduga dan proses penempatan dilakukan?

Semua urusan temuduga dan penempatan (posting) diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

4. Apakah syarat pengijazahan?

Rujuk Buku Panduan dan Peraturan Akademik di muka surat 17.

5. Bilakah surat Jemputan Istiadat Konvokesyen akan dikeluarkan?

Surat Jemputan Istiadat Konvokesyen akan dikeluarkan sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen.

6. Bilakah transkrip dan ijazah boleh diperolehi?

Transkrip dan ijazah boleh diperolehi selepas selesai Istiadat Konvokesyen.

7. Jika tidak menghadiri konvokesyen, adakah saya juga perlu menjelaskan yuran konvokesyen?

Yuran Konvokesyen adalah wajibkan dan perlu dibayar oleh semua graduan termasuk yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen.

8. Setelah selesai Istiadat Konvokesyen, berapa lamakah masa yang diberikan untuk jubah dipulangkan semula?

Tujuh (7) hari bekerja selepas sessi Istiadat Konvokesyen.

9. Adakah saya boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen jika saya masih mempunyai hutang dengan universiti?

Graduan Sarjanamuda yang masih mempunyai hutang dengan universiti boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen tetapi Ijazah dan Transkrip tidak akan diserahkan kepada graduan.