| | |
| | .:: PEPERIKSAAN ::. |
1. | Jadual Peperiksaan |
| | Pengumuman jadual peperiksaan akan dibuat oleh Universiti di papan-papan kenyataan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula. Pelajar hendaklah mengambil perhatian yang teliti tentang jadual peperiksaan supaya tidak membuat kesilapan mengenai tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa melihat papan kenyataan kerana kemungkinan terdapat perubahan jadual.Kesilapan dalam mencatat dan membaca jadual peperiksaan tidak membolehkan peperiksaan lain diadakan sebagai gantinya. |
2. | Penyemakan Jadual Peperiksaan |
| | Pelajar dikehendaki menyemak jadual peperiksaan dengan teliti. Jika terdapat sebarang kesilapan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Bahagian Akademik dalam masa tujuh (7) hari selepas jadual peperiksaan diumumkan. Sekiranya tiada maklumbalas dari pelajar dalam tempoh ini maka jadual ini dianggap betul. |
3. | Slip Peperiksaan |
| | Slip Menduduki Peperiksaan akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum peperiksaan bermula. Pelajar diwajibkan mengambil slip peperiksaan ini mengikut tarikh, masa dan tempat yang diumumkan di papan-papan kenyataan. Pelajar diwajibkan membawa slip peperiksaan ini ke dewan peperiksaan. |
| | |
4. | Peraturan Peperiksaan |
| Pelajar diwajibkan mengikuti semua peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa di Universiti. |
| | | |
5. | Kecurangan Akademik |
| | 5.1 | Takrifan |
| | | Kecurangan Akademik ertinya tindakan-tindakan pelajar yang melanggari perkara 8 Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar) 1999 iaitu: |
| | | Tiada pelajar boleh :- |
| | | (a) | mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor; atau |
| | | (b) | menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya; atau |
| | | (c) | berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau |
| | | (d) | menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan. * termasuk alat-alat elektronik dan komunikasi |
| | 5.2 | Laporan Kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) |
| | | Jika didapati mana-mana pelajar melanggar mana-mana peraturan, pengawas hendaklah membuat laporan kepada PBT. Jika terbukti sabit kesalahan di atas, PBT bolehlah mengesyorkan kepada Senat supaya pihak tertuduh diberi Gred F. |
| | | Walau bagaimanapun ini tidak menghalang PBT mengambil tindakan mengikut Perenggan 48 Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar) 1999. |
6. | Keputusan Peperiksaan |
| | Universiti boleh mengumumkan keputusan peperiksaan selepas Jawatankuasa Pemeriksa Universiti bersidang dan tertakluk kepada pengesahan Senat. |
7. | Peperiksaan Gantian |
| | Universiti boleh membenarkan Peperiksaan Gantian bagi kes-kes berikut:- |
| | Tertakluk kepada perenggan 16 Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Peperiksaan) 2001, tiada seorang pelajar dibenarkan menduduki Peperiksaan Gantian melainkan jika:- |
| | (a) | Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan telah mendapat pengesahan daripada doktor kerajaan atau pegawai perubatan Universiti bahawa pelajar tersebut tidak berupaya dari segi mental dan fizikalnya; atau |
| | (b) | Pelajar yang menghadapi masalah kematian ibu atau bapa atau ahli keluarga terdekat atau sebab-sebab lain yang tidak memungkinkan dia menghadiri peperiksaan; atau |
| | (c) | Menjalankan apa-apa aktiviti yang diarahkan oleh Universiti. Pelajar boleh menduduki peperiksaan gantiannya apabila peperiksaan kursus tersebut diadakan atau lebih awal jika difikirkan perlu. |
| | (d) | Pelajar perlu memohon kepada fakulti untuk menduduki Peperiksaan Gantian. |
| | (e) | Peperiksaan Gantian perlu diambil dalam masa dua (2) minggu selepas tamat minggu peperiksaan.. |
| | | |
8. | Peperiksaan Khas |
| | 8.1 | Universiti boleh membenarkan pelajar semester akhir yang gagal satu (1) kursus untuk tujuan pengijazahan menduduki Peperiksaan Khas. |
| | 8.2 | Peperiksaan tersebut hanya boleh diduduki sekali sahaja dengan syarat pelajar mengemukakan permohonan kepada Bahagian Akademik dengan menyertakan slip bayaran RM 50.00 dalam tempoh empat (4) minggu selepas Universiti mengumumkan keputusan peperiksaan. |
| | 8.3 | Bahagian Akademik hendaklah merujukkannya kepada Dekan Fakulti berkenaan untuk mengatur Peperiksaan Khas. |
| | |
9. | Rayuan Keputusan Akhir Kursus |
| | 9.1 | Pelajar hendaklah mengemukakan rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan akhir mana-mana kursus kepada Pendaftar secara bertulis dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. |
| | 9.2 | Pelajar hendaklah menyertakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus yang diminta disemak semula dan Universiti. |
| | 9.3 | Dekan hendaklah melantik suatu panel pemeriksa bagi menyemak semula keputusan peperiksaan akhir kursus berkenaan. |
| | 9.4 | Panel pemeriksa hendaklah terdiri daripada Ketua Jabatan, pemeriksa asal kursus berkenaan dan sekurang-kurangnya seorang pensyarah lain yang bidangnya sama atau hampir sama dengan bidang berkenaan. |
| | 9.5 | Panel pemeriksa hendaklah mengemukakan perakuannya bagi pertimbangan Fakulti. Keputusan Fakulti mengenai rayuan semula itu dikemukakan untuk pengesahan Senat. |
| | 9.6 | Keputusan Senat adalah muktamad. |
| | | | |
| 10. | Penilaian Akademik Secara Berterusan |
| | 10.1 | Universiti menilai pencapaian pelajar setiap semester yang meliputi :- |
| | | a) | Kerja kursus iaitu tugasan, ujian, kuiz, projek dan lain-lain yang ditetapkan oleh Fakulti; dan/atau |
| | | b) | Peperiksaan akhir |
| | 10.2 | a) | Markah untuk kerja kursus adalah antara 40% hingga 60%, manakala peperiksaan akhir 40% hingga 60%; atau |
| | | b) | Pemberatan markah untuk kerja amali adalah antara 60% hingga 100%, manakala peperiksaan akhir ialah sehingga 40%. |
| | 10.3 | Pelajar wajib hadir setiap kuliah, kelas, tutorial, makmal, studio dan sebagainya. Kehadiran yang kurang daripada 80% akan menyebabkan pelajar dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir. Ketidakhadiran hendaklah mempunyai sebab atau alasan yang diterima Dekan. |
| 11. | Penilaian Gred Kursus |
| | Julat Markah, Gred dan Nilai Gred yang diberikan kepada sesuatu kursus adalah seperti berikut:- |
| | JULAT MARKAH | GRED | NILAI | TARAF | 80 – 100
| A | 4.00 | Cemerlang | 75 – 79 | A- | 3.70 | 70 – 74 | B+ | 3.40 | Kepujian | 65 – 69 | B | 3.00 | 60 – 64 | B- | 2.70 | 55 – 59 | C+ | 2.40 | Lulus | 50 – 54 | C | 2.00 | 45 – 49 | C- | 1.70 | Lulus Lemah | |
|
|