Laman Web Rasmi Konvokesyen

Universiti Pendidikan Sultan Idris

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK 2009

Semua Bakal Graduan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERHATIAN : Kajian Pengesanan Graduan boleh mula di isi mulai 24 Februari 2010 (Rabu). Setiap bakal graduan (PhD/Sarjana/Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)/Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLI)) diwajibkan mengiisi Kajian Pengesanan Graduan ini

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.


Pada Istiadat Konvokesyen Kedua Belas Sidang Pertama Mac 2010, semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5 (versi Bahasa Melayu) atau http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5_en (English version) yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen iaitu pada 18 Februari sehingga 26 Mac 2010.

Saudara/i adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa mendaftar untuk membuat peminjaman Pakaian Akademik. Kegagalan saudara/i melengkapkan maklumat ini akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan mengambil Pakaian Akademik (Jubah).