Peperiksaan PDF Cetak emel

1.        Jadual Peperiksaan

Pengumuman jadual peperiksaan akhir akan dibuat oleh Bahagian Akademik selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula. Kesilapan pelajar menyemak jadual peperiksaan tidak membolehkan peperiksaan ganti diadakan.

 

2.        Penyemakan Jadual Peperiksaan

Tempoh penyemakan adalah dalam masa tujuh (7) hari selepas deraf jadual peperiksaan diumumkan pada minggu ke sepuluh (10). Sebarang pertembungan jadual, perlu dilaporkan oleh pelajar secara bertulis kepada Bahagian Akademik.

 

3.       Slip Menduduki Peperiksaan

Slip Menduduki Peperiksaan adalah dokumen rasmi yang wajib dibawa ke dewan/bilik peperiksaan. Pelajar diwajibkan mengambil slip berkenaan dari fakulti selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum minggu peperiksaan bermula.

 

4.        Peraturan Peperiksaan

Pelajar diwajibkan mematuhi semua peraturan peperiksaan yang berkuat kuasa di universiti. Setiap peperiksaan yang dijalankan oleh universiti adalah tertakluk kepada Peraturan Am Peperiksaan seperti yang dinyatakan di Jadual I kepada kaedah-kaedah ini.

 

5.        Kecurangan Akademik

Pelajar tertakluk kepada Perkara 8 Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar) 1999:-

5.1      Laporan Kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT 

Jika didapati mana-mana pelajar melanggar mana-mana peraturan, pengawas/pemeriksa hendaklah membuat laporan kepada PBT. Jika didapati wujud kes kecurangan akademik, PBT bolehlah mengesyorkan kepada Senat supaya pihak tertuduh diberi Status KA (nilai gred 0.00). Bagaimanapun ini tidak menghalang PBT  mengambil tindakan mengikut Perenggan 48 Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar) 1999.

5.2       Tindakan bagi kes Kecurangan Akademik perlu dilakukan oleh pihak PBT dalam tempoh dua (2) minggu selepas peperiksaan tamat.

5.3      Pelajar yang disabitkan kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib diberi Gred F atau GAGAL oleh Senat

 

6.        Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan yang diluluskan oleh Senat adalah muktamat. 

 

7.        Peperiksaan Ulangan

Universiti boleh membenarkan Peperiksaan Ulangan bagi kes-kes berikut :- 

7.1      Pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan dengan alasan yang kukuh dan diluluskan oleh Dekan.

7.2      Pelajar semester akhir yang gagal kursus  pada semester berkenaan untuk tujuan pengijazahan.

7.3       Pelajar  perlu  memohon  kepada   fakulti  untuk  menduduki  Peperiksaan Ulangan dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

7.4      Peperiksaan Ulangan hanya boleh diduduki sekali sahaja. Sekiranya masih gagal, pelajar wajib mengulang kursus tersebut.

7.5      Markah Peperiksaan Ulangan hanya menggantikan komponen peperiksaan akhir sahaja.

 

 

8.       Rayuan Semakan Keputusan Akhir Kursus

8.1      Rayuan boleh dibuat kepada Bahagian Akademik menggunakan borang (UPSI/AKAD3/12) dalam tempoh satu (1) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

8.2      Setiap rayuan dikenakan bayaran RM25.00 bagi setiap kursus.

8.3      Rayuan akan disemak oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Dekan dalam masa dua (2) minggu.

8.4      Keputusan rayuan yang diluluskan Senat adalah muktamat.

 

9.        Rayuan Meneruskan Pengajian

Pelajar yang Gagal dan Diberhentikan boleh membuat rayuan kepada universiti melalui Fakulti secara bertulis dan tertakluk kepada keputusan Senat.

 

10.      Penilaian Akademik Secara Berterusan  

10.1      Pelajar wajib menyempurnakan semua kerja kursus, tugasan, kuiz, projek dan lain-lain tugasan yang ditetapkan dalam sesuatu kursus.

10.2      Keputusan pentaksiran perlu dipaparkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada minggu ketiga  belas (13).

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 01 September 2009 06:04 )
 

Fine

Bahasa MalaysiaEnglish (United Kingdom)

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday891
mod_vvisit_counterYesterday892
mod_vvisit_counterThis week3243
mod_vvisit_counterLast week6915
mod_vvisit_counterThis month1783
mod_vvisit_counterLast month26427
mod_vvisit_counterAll days732610

Online (20 minutes ago): 17
Your IP: 54.234.51.165
,
Today: Sep 02, 2014

Calendar

Last month September 2014 Next month
S M T W T F S
week 36 1 2 3 4 5 6
week 37 7 8 9 10 11 12 13
week 38 14 15 16 17 18 19 20
week 39 21 22 23 24 25 26 27
week 40 28 29 30

Latest JEvents

No events

JoomlaStats Flags

Top 5:
Unknown flag 55%Unknown (49254)
Malaysia flag 21%Malaysia (19120)
United States flag 12%United States (10373)
Ukraine flag 2%Ukraine (1816)
China flag <1%China (775)
90142 visits from 147 countries

JoomlaStats Activation