|
8. Pertukaran Program Pengajian |
|
|
|
8.1 Setiap permohonan pertukaran program pengajian hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Dekan dan menggunakan borang (UPS/AKAD2/13) sebelum pendaftaran kursus dalam semester kedua pengajian. 8.2 Syarat-syarat pertukaran program adalah seperti berikut: 8.2.1 Hanya dibenarkan kepada pelajar yang berada di semester kedua tahun pertama pengajian. Permohonan perlu dibuat pada minggu pertama semester ketiga. 8.2.2 Pelajar hendaklah memenuhi syarat kemasukan bagi program yang dipohon. 8.2.3 Semua kursus daripada program asal diambil kira dalam pengiraan PNGK. 8.2.4 Tempoh pengajian program asal akan diambil kira sebagai tempoh pengajian di universiti. 8.2.5 Diperakukan oleh kedua-dua Dekan terlibat sekiranya permohonan pertukaran program itu melibatkan program di luar fakulti asal 8.2.6 Keputusan pertukaran program adalah muktamad dan surat kelulusan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 02 September 2009 06:10 )
|