3. Pendaftaran PDF Cetak emel

3.1    Daftar Sebagai Pelajar Universiti

3.1.1    Seseorang yang mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda  hendaklah mendaftar sebagai pelajar universiti pada tarikh pendaftaran rasmi  yang ditetapkan.

3.1.2    Atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh universiti, pelajar boleh mendaftar dalam minggu pertama semester bermula.

 

3.2    Daftar Semester

 3.2.1   Setiap pelajar hendaklah mendaftar diri pada hari pertama setiap semester dan pelajar yang belum membuat pendaftaran kursus perlu membuat pendaftaran kursus dengan denda.

3.2.2    Sekiranya gagal, pelajar perlu memohon kebenaran Dekan untuk mendaftar dalam tempoh seminggu selepas semester bermula.

 

3.3   Daftar Kursus

3.3.1    Pelajar perlu mendaftar kursus pada setiap semester untuk memenuhi  tempoh pengajian dan struktur pengajian mengikut syarat-syarat pengijazahan. Pendaftaran kursus yang bukan daripada  kumpulan kursus yang ditetapkan perlulah mendapat kelulusan Dekan.

3.3.2   Pelajar perlu mendaftar kursus pada setiap semester dengan had minimum dua belas (12) kredit dan maksimum lapan belas (18) kredit kecuali pelajar semester akhir. Had maksimum di atas tidak termasuk kredit praktikum/latihan mengajar/latihan industri.

3.3.3    Pelajar perlu mendaftar praktikum/latihan mengajar/latihan industri sebelum membuat pendaftaran penempatan.

3.3.4   Pelajar boleh membuat pendaftaran kursus lebih daripada lapan belas (18) kredit tetapi tidak melebihi dua puluh satu (21) kredit dengan syarat mendapat PNGK 3.25 ke atas dan dengan kelulusan Dekan.

3.3.5    Maksimum kredit bagi pelajar yang berstatus ‘amaran’ dan ‘percubaan’ adalah dua belas (12) kredit.

3.3.6  Pelajar baharu boleh membuat pendaftaran kursus dalam masa satu (1)  minggu   sebelum semester bermula. Pelajar lama membuat pendaftaran kursus bermula pada minggu ke-11 semester berkenaan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh yang dinyatakan oleh universiti.

3.3.7    Tertakluk kepada perkara  3.3.1, setiap pelajar perlu mendaftar kursus melalui Sistem Maklumat Pelajar.

3.3.8    Setiap pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus hendaklah berbincang dan mendapat persetujuan Penasihat Akademik (PA) sebelum membuat pendaftaran kursus.

 

3.4   Pendaftaran Kursus Lewat

      Pelajar yang tidak mendaftar kursus dalam tempoh pendaftaran kursus, perlu membuat pendaftaran kursus dalam tempoh dua (2) minggu pertama semester bermula. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Akademik melalui Dekan dengan menggunakan borang (UPSI/AKAD3/02) dan didenda RM30.00 setiap kursus.

 

3.5   Gugur/Tambah Kursus

3.5.1    Gugur Kursus

Pelajar boleh menggugurkan kursus yang telah didaftarkan dengan menggunakan borang (UPSI/AKAD2/06) bermula minggu pertama sehingga minggu ketujuh (7) selepas semester bermula setelah mendapat persetujuan pensyarah yang mengajar kursus berkenaan.

3.5.2   Tambah Kursus

Pelajar boleh menambah kursus dengan menggunakan borang (UPSI/AKAD2/06) dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula setelah mendapat persetujuan pensyarah yang mengajar kursus berkenaan.

 

3.6   Mengulang Kursus

3.6.1   Pelajar yang memperoleh Gred C-  ke bawah bagi mana-mana kursus Teras (tertakluk kepada pilihan fakulti) dan kursus Bahasa Inggeris diwajibkan mengulang kursus berkenaan.

3.6.2   Bagi pelajar yang memperoleh Gred C ke bawah dalam praktikum/latihan mengajar, pelajar diwajibkan mengulang praktikum/latihan mengajar tersebut.

3.7    Pengecualian Kursus

3.7.1    Pengecualian kursus boleh diberi bagi kursus-kursus setara yang diperakukan oleh Dekan dan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

3.7.2    Pelajar boleh memohon pengecualian kursus daripada fakulti dalam semester pertama selepas pelajar mendaftar sebagai pelajar universiti.

3.7.3    Kriteria pengecualian kursus adalah seperti berikut:-


    3.7.3.1 Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi kursus-kursus berkenaan.

    3.7.3.2 Kursus tidak melebihi tempoh lima (5) tahun.

    3.7.3.3 Jumlah maksimum tidak melebihi 30% daripada jumlah  kredit untuk sesuatu program yang diikuti.

    3.7.3.4 TKursus yang dipohon untuk pengecualian kursus mempunyai pertindihan kandungan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan.

 

3.8    Pemindahan Kredit Antara IPTA

3.8.1.   Pelajar boleh memohon pemindahan kredit bagi mana-mana kursus yang sama atau setara yang pernah diambil dan lulus daripada IPT lain.

3.8.2.  Kursus yang dipindahkan kredit akan diambil kira dalam pengiraan PNGS dan PNGK untuk pengijazahan

 

3.9       Penyemakan Pendaftaran Kursus

Pelajar perlu mendapatkan slip pendaftaran kursus dan mengesahkan kursus- kursus yang telah didaftarkan pada minggu ke lapan (8)

 
 
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 23 Ogos 2009 08:05 )
 

Fine

Bahasa MalaysiaEnglish (United Kingdom)

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday107
mod_vvisit_counterYesterday578
mod_vvisit_counterThis week1907
mod_vvisit_counterLast week4480
mod_vvisit_counterThis month18806
mod_vvisit_counterLast month30549
mod_vvisit_counterAll days780182

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 54.91.35.130
,
Today: Okt 22, 2014

Calendar

Last month October 2014 Next month
S M T W T F S
week 40 1 2 3 4
week 41 5 6 7 8 9 10 11
week 42 12 13 14 15 16 17 18
week 43 19 20 21 22 23 24 25
week 44 26 27 28 29 30 31

Latest JEvents

No events

JoomlaStats Flags

Top 5:
Unknown flag 55%Unknown (50418)
Malaysia flag 21%Malaysia (19738)
United States flag 11%United States (10609)
Ukraine flag 2%Ukraine (1832)
China flag <1%China (870)
92497 visits from 148 countries

JoomlaStats Activation

Tetamu Atas Talian

Kami ada 4 tetamu ditalian