PENDAFTARAN SEMESTER PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (LEPASAN SPM) BAGI SEMESTER 1 SESI 2017/2018

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (LEPASAN SPM)

 

 

 

PENDAFTARAN SEMESTER BAGI

 

SEMESTER 1 SESI 2017/2018

 

 

 

1.           Pendaftaran semester WAJIB dibuat sama ada melalui MyUPSI Portal atau secara SMS dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar semester bermula pada 29 Mei 2017 hingga 05 Jun 2017. Bagi pelajar yang berstatus menangguh pula dipohon untuk mendaftar mulai 03 Jun 2017 hingga 06 Jun 2017.

 

Pendaftaran melalui SMS mengikut kaedah seperti berikut:

 

                  1)           Taip UPSI SEMREG (No. KP) [Katalaluan MyUPSI Portal]

 

                                            Contoh: UPSI SEMREG  851012115893 password

            2)             Hantar SMS ke 15888 dan pelajar dapat maklum balas mengenai pendaftaran semester   

 

 

 

 

 

2.      Pelajar dikehendaki mengemaskini profil pelajar untuk memudahkan proses penghantaran surat-menyurat seperti berikut :

 

  • Alamat Rumah
  • Relatives
  • Nombor telefon yang terkini

 

 

 

3.     Untuk makluman, pelajar yang berhutang akan dihalang daripada membuat pendaftaran semester. Untuk memudahkan proses pendaftaran semester, pelajar perlu menyelesaikan hutang yang tertunggak terlebih dahulu.

 

 

 

4.      Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 06 Jun 2017.                 

 

 

 

5.      Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti.

 

Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008, Perkara 6.1 berkaitan Gugur Status Sebagai Pelajar menyatakan bahawa:-

 

“Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan berkenaan.”

 

 

 

6.      Jadual Kuliah hanya boleh dicetak selepas pelajar membuat pendaftaran semester (sekiranya mendaftar melalui MyUPSI Portal).

 

 

 

7.      Sila ke laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik ; http://akademik.upsi.edu.my/index.php/en/diploma untuk melihat Takwim Diploma Bagi Semester 1 Sesi 2017/2018.

 

 

 

 

 

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Penjadualan).

 

 

 

Tarikh Sah Notis           :           29 Mei 2017 - 06 Jun 2017

 

Dikeluarkan oleh           :           Pejabat Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Penjadualan)

 

Telefon                      :           05-4506923/6992

Pengumuman Pelajar Semasa (Simpanan)

Lokasi Kami

About UsBahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506315 / 6929 / 6318 / 6310 / 6612
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan