Perhatian : Minggu Pendaftaran Kursus Dan Pengesahan Kursus Pelajar Diploma (Lepasan SPM)

  1.  Untuk makluman, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan melaksanakan Minggu Pendaftaran Kursus bagi Semester 1 Sesi 2016/2017 dan Pengesahan Kursus bagi Semester 3 (Khas) Sesi 2015/2016 kepada pelajar Diploma (Lepasan SPM)
  2. Pengesahan Kursusbagi kursus-kursus yang pelajar telah daftarkan pada Semester 3 (Khas) Sesi 2015/2016adalah bermula pada 20 April 2016 hingga 27 April 2016. Pelajar DIWAJIBKAN untuk membuat pengesahan terlebih dahulu dalam tempoh tersebut sebelum membuat pendaftaran kursus. Manakala pendaftaran kursus untuk Semester 1 Sesi 2016/2017, pelajar perlu mendaftar mengikut semester pengajian masing-masing. (Sila rujuk jadual pendaftaran).

  3. Mohon kerjasama pelajar untuk mengambil perhatian akan perkara berikut :

Semak dan sahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 3 (Khas) Sesi 2015/2016.

 

  • Pelajar wajib sahkan kursus terlebih dahulu mulai 20 April 2016 hingga 27 April 2016.
  • Pelajar dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti kursus-kursus yang pelajar telah daftarkan.
  • Pelajar yang ‘REJECT’ kursus pada sistem pengesahan kursus WAJIB untuk hadir ke Unit Penjadualan dan Rekod, BHEA dan mengemukakan surat rasmi yang telah disahkan oleh pensyarah kursus (disahkan oleh pensyarah kursus yang telah pelajar reject). Catatan ‘REJECT’ pelajar tidak dianggap sebagai gugur kursus sehingga pelajar kemukakan surat rasmi tersebut.

Pilih dan daftar kursus-kursus mengikut struktur pengajian (rujuk buku panduan fakulti) dan pakej yang telah ditetapkan dalam sistem mysis pelajar semasa pendaftaran dilakukan. (pelajar perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan)

 

  • Senarai kursus yang akan ditawarkan pada Semester 1 Sesi 2016/2017 boleh didapati  melalui fakulti masing-masing dan hebahan portal.
  • Senarai kursus sila klik disini

Sila layari laman sesawang berikut  untuk mendaftar kursus: https://emysis.upsi.edu.my/login.jsp


 

4. Sila rujuk Jadual Pendaftaran Kursus berikut agar proses pendaftaran kursus dapat berjalan dengan baik :

 

PELAJAR

SEMESTER PENGAJIAN

TARIKH/HARI

Semua Program Diploma

(Lepasan SPM)

6,7,& 8

20 April 2016

hingga

22 April 2016

5

20 April 2016

hingga

22 April 2016

4

25 April 2016

hingga

28 April 2016

3

25 April 2016

hingga

28 April 2016

2

29 April 2016

hingga

4 Mei 2016

1

29 April 2016

hingga

4 Mei 2016

 

5. Sebarang urusan dan pertanyaan, pelajar boleh hubungi Unit Penjadualan dan Rekod, Bahagian Hal Ehwal Akademik di       talian berikut: 05-4506992/6991/6923

 

 

 

Tarikh Notis                          :           15 April 2016

Dikeluarkan oleh                   :           Pejabat Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Penjadualan & Rekod)

Telefon                               :           054506992/6991/6923

Tarikh Sah Notis Sehingga      :            31 Mei 2016

 

Pengumuman Pelajar Semasa (Simpanan)

Perhatian : Minggu Pendaftaran Kursus Dan Pengesahan Kursus Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Perhatian : Minggu Pendaftaran Kursus Dan Pengesahan Kursus Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Written By ksaleh on Monday, 18 April 2016 01:50

 Untuk makluman, B...

Perhatian : Minggu Pendaftaran Kursus Dan Pengesahan Kursus Pelajar Diploma (Lepasan SPM)

Perhatian : Minggu Pendaftaran Kursus Dan Pengesahan Kursus Pelajar Diploma (Lepasan SPM)

Written By ksaleh on Monday, 18 April 2016 01:31

 Untuk makluman, B...

Lokasi Kami

About UsBahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506315 / 6929 / 6318 / 6310 / 6612
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar

Our Location

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan