Menyediakan pengurusan dan memberi perkhidmatan akademik yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan melalui objektif kualiti setiap unit seperti berikut :
Memastikan surat tawaran dan maklumat/panduan kemasukan secara atas talian dipaparkan di laman sesawang rasmi Kemasukan untuk capaian calon dalam tempoh tiga (3) hari selepas pengesahan calon jaya diterima.
Memastikan pelajar dan pensyarah memperolehi jadual kuliah secara atas talian selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja sebelum kuliah bermula.
Mengurus permohonan penangguhan atau berhenti daripada pengajian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Dekan Fakulti.
Memastikan jadual peperiksaan diumumkan kepada pelajar dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula.
Memastikan soalan peperiksaan boleh diambil oleh Ketua Pengawas dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan bermula.
Memastikan keputusan peperiksaan pelajar diumumkan sehari selepas diperakui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Universiti.
Memastikan keputusan mesyuarat Senat diedarkan kepada Pusat Tanggungjawab berkaitan untuk tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mesyuarat Senat diadakan.
Memastikan surat jemputan konvokesyen dikeluarkan satu (1) bulan sebelum tarikh istiadat konvokesyen.
Memastikan transkrip akademik dikeluarkan 14 hari bekerja selepas Senat mengesahkan pelajar tamat pengajian.
Memastikan setiap aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja.