ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

PENDAFTARAN SEMESTER PELAJAR PROGRAM DIPLOMA BAGI SEMESTER 2 SESI 2015/2016

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA

PENDAFTARAN SEMESTER BAGI SEMESTER 2 SESI 2015/2016

  1. Pendaftaran semester WAJIB dibuat sama adamelalui MyUPSI Portal atau secara SMS dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar semester bermula pada 9 November 2015 hingga 16 November 2015.
  2. Sekiranya pelajar mendaftar semester melalui MyUPSI Portal, pelajar dikehendaki mengemaskini profile pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat-menyurat kepada pelajar.
  3. Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 17 November 2015.
  4. Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti.  Semua pelajar program Diploma adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008.
  5. Jadual Kuliah hanya boleh dicetak selepas pelajar membuat pendaftaran semester (sekiranya mendaftar melalui MyUPSI Portal).
  6. Berikut adalah carta alir pendaftaran semester:

 

 

Sekian, harap maklum.

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

Tarikh Notis / Date of notice
:

5 November 2015 – 16 November 2015

Dikeluarkan oleh / Issued by
:

Pejabat Pendaftar,
Bahagian Hal Ehwal Akademik
(Unit Pendaftaran)

Telefon / Telephone
:
05-4506992/6991/6923

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan