ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

MINGGU PENDAFTARAN KURSUS DAN PENGESAHAN KURSUS PELAJAR ISM (SEPENUH MASA)

PERHATIAN

MINGGU PENDAFTARAN KURSUS DAN PENGESAHAN KURSUS PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA

  • Untuk makluman, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan melaksanakan Minggu Pendaftaran Kursus bagi Semester 2 Sesi 2015/2016 dan Pengesahan Kursus bagi Semester 1 Sesi 2015/2016 kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) pada 26 Oktober 2015 hingga 9 Disember 2015.

  • Minggu Pendaftaran dan Pengesahan Kursus ini akan  diadakan serentak dan pelajar dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara berikut :
      • Semak dan sahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 1 Sesi 2015/2016. (pelajar boleh membuat pengesahan kursus terlebih dahulu mulai 26 Oktober 2015 hingga 9 Disember  2015 kerana sistem terbuka kepada semua pelajar)
      • Pilih dan daftar kursus-kursus mengikut struktur pengajian masing-masing (rujuk buku panduan fakulti). (pelajar perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan)
      • Senarai kursus yang akan ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2015/2016 boleh didapati  melalui fakulti masing-masing dan di SINI

  • Sila rujuk Jadual Pendaftaran Kursus berikut agar proses pendaftaran kursus dapat berjalan dengan baik :

PELAJAR

SEMESTER PENGAJIAN

TARIKH/HARI

Semua Program Ijazah Sarjana Muda

8,9,10,11 & 12

26 Oktober 2015
hingga
27 Oktober 2015

7

28 Oktober 2015
hingga
30 Oktober 2015

6

2 November 2015
hingga
4 November 2015

5

5  November 2015
hingga
17 November 2015

4

18 November 2015
hingga
20 November 2015

3

23 November 2015
hingga
26 November 2015

2

27 November 2015
hingga
2 Disember 2015

1

3 Disember 2015
Hingga
9 Disember 2015

  • Sebarang urusan dan pertanyaan, pelajar boleh hubungi Unit Pendaftaran, Bahagian Hal Ehwal Akademik
Tarikh Notis  
:
27 Julai 2015 / 14 Muharram 1437H
Dikeluarkan oleh
:

Pejabat Pendaftar,
Bahagian Hal Ehwal Akademik
(Unit Pendaftaran)

Telefon 
:
05-4506992/6991/6923
Tarikh Sah Notis Sehingga         :

9 Disember 2015

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan