ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

PERHATIAN : MINGGU PENDAFTARAN KURSUS DAN PENGESAHAN KURSUS PELAJAR DIPLOMA (LEPASAN SPM)

  1. Untuk makluman, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan melaksanakan Minggu Pendaftaran Kursus bagi Semester 2 Sesi 2015/2016 dan Pengesahan Kursus bagi Semester 1 Sesi 2015/2016 kepada pelajar Diploma (Lepasan SPM) pada 3 Ogos 2015 hingga 4 September 2015.
     
  2. Minggu Pendaftaran dan Pengesahan Kursus ini akan  diadakan serentak dan merupakan pertama kali dilaksanakan kepada pelajar Diploma (Lepasan SPM). Mohon kerjasama pelajar untuk mengambil perhatian akan perkara berikut :
  • Semak dan sahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 1 Sesi 2015/2016. (pelajar boleh membuat pengesahan kursus terlebih dahulu mulai 3 Ogos 2015 hingga 4 September  2015 kerana sistem terbuka kepada semua pelajar)

  • Pilih dan daftar kursus-kursus mengikut struktur pengajian (rujuk buku panduan fakulti) dan pakej yang telah ditetapkan dalam sistem mysis pelajar semasa pendaftaran dilakukan. (pelajar perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan)

    • Senarai kursus yang akan ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2015/2016 boleh didapati  di sini atau melalui fakulti masing-masing

  • Sila rujuk Jadual Pendaftaran Kursus berikut agar proses pendaftaran kursus dapat berjalan dengan baik :

  • Sebarang urusan dan pertanyaan, pelajar boleh hubungi Unit Pendaftaran, Bahagian Hal Ehwal Akademik di talian berikut: 05-4506992/6991/6923

     

    Tarikh Notis                            : 27 Julai 2015

    Dikeluarkan oleh                      : Pejabat Pendaftar,Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran)

    Telefon                                  : 054506992/6991/6923

    Tarikh Sah Notis Sehingga         : 4 September 2015

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan