ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS & PENDAFTARAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA (DALAM KAMPUS)

 

 

 

Proses Pengesahan Kursus dan Pendaftaran Kursus akan diadakan mulai 16 April 2015 hingga 8 Mei 2015. Walau bagaimanapun, pelajar boleh membuat pengesahan terlebih dahulu kerana sistem adalah terbuka kepada semua program dan semester pengajian.

 

Perkara berikut perlu diambil perhatian oleh pelajar :

 

  • Semak dan sahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 2 Sesi 2014/2015 sebelum membuat pendaftaran kursus.
  • Senarai kursus yang akan ditawarkan pada Semester 1 Sesi 2015/2016 boleh didapati  melalui fakulti masing-masing dan DI SINI | HERE
  • Pendaftaran Kursus adalah berdasarkan kapasiti yang telah ditetapkan oleh fakulti/pusat. Sekiranya kapasiti bagi kursus telah penuh, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada fakulti untuk membuka kapasiti kursus tersebut.
  • Bagi pelajar semester akhir yang perlu mendaftar sesuatu kursus untuk tujuan melengkapkan struktur pengajian tetapi kursus tersebut tidak ditawarkan, pelajar perlu merujuk fakulti berkenaan untuk penawaran.

 

Pelajar perlu mendaftar kursus berdasarkan kepada tarikh yang telah ditetapkan dan mengikut semester pengajian pelajar.

 

Sila rujuk Jadual Pendaftaran Kursus berikut agar proses pendaftaran kursus dapat berjalan dengan baik :

 

PELAJAR

SEMESTER PENGAJIAN

TARIKH/HARI

Semua Program Ijazah Sarjana Muda

8,9,10,11, & 12

16 April 2015 (Khamis)
dan
17 April 2015 (Jumaat)

7

18 April 2015 (Sabtu)
hingga
20 April 2015 (Isnin)

6

21 April 2015 (Selasa)
dan
22 April 2015 (Rabu)

5

23 April 2015 (Khamis)
dan
24 April 2015 (Jumaat)

4

25 April 2015 (Sabtu)
hingga
28 April 2015 (Selasa)

3

29 April 2015 (Rabu)
dan
30 April 2015 (Khamis)

2

4 Mei 2015 (Isnin)
hingga
6 Mei 2015 (Rabu)

1

7 Mei 2015 (Khamis)
dan
8 Mei 2015 (Jumaat)

 

 

 

Tarikh Notis | Date of notice
:
16 April 2015  (Selasa) | 16 April 2015 (Tuesday)
Dikeluarkan oleh | Issued by
:

Pejabat Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Akademik
(Unit Pendaftaran) | Registrar office , Academic Division (Registration Unit)

Telefon | Telephone
:
05-4506992/6991/6923

 

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan