ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (MULAI AMBILAN 2013) : PENDAFTARAN SEMESTER BAGI SEMESTER 3 SESI 2014/2015 (SEMESTER KHAS)

PENDAFTARAN SEMESTER BAGI SEMESTER 3 SESI 2014/2015 (SEMESTER KHAS)

 

  1. Pendaftaran semester WAJIB dibuat sama ada melalui MyUPSI Portal atau secara SMS dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar semester bermula pada 30 Mac 2015 hingga 6 April 2015.
     
  2. Sekiranya pelajar mendaftar semester melalui MyUPSI Portal, pelajar dikehendaki mengemaskini profile pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat-menyurat kepada pelajar.
     
  3. Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 7 April 2015.
     
  4. Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti.  Semua pelajar program Diploma adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008.
     
  5. Jadual Kuliah hanya boleh dicetak selepas pelajar membuat pendaftaran semester (sekiranya mendaftar melalui MyUPSI Portal).

 

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).

 

Tarikh Notis         :           26 Mac 2015

Dikeluarkan oleh   :           PEJABAT PENDAFTAR, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK (UNIT PENDAFTARAN)

Telefon              :           05-4506992/6991/6923

E-mel                 :           This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tarikh Sah Notis   :           30 Mac 2015 hingga 6 April 2015

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan