ANNOUCEMENT ARCHIVE FOR STUDENT

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE SEMESTER 2 SESI 2014/2015 (PELAJAR DIPLOMA)

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA (LEPASAN SPM)

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE SEMESTER 2 SESI 2014/2015

TEMPOH/TARIKH

 

5 Februari 2015 (Khamis)

hingga

12 Februari 2015 (Khamis)

 


DENDA BERMULA

13 Februari 2015 (Jumaat)


Nota Penting!!!

  1. Pengesahan Pendaftaran Kursus perlu dilakukan sendiri oleh pelajar secara online.
  2.  Anda diwajibkan menyemak  dan mengesahkan kursus-kursus yang telah didaftarkan pada Semester 2 Sesi 2014/2015 mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.
  3. Sebarang pembetulan perlu segera dimaklumkan ke Unit Pendaftaran, Bahagian Hal Ehwal Akademik.
  4. Kelewatan mengesahkan pendaftaran kursus akan didenda dengan kadar RM5.00 sehari.
  5. Sekiranya tiada sebarang perubahan dibuat oleh pelajar selepas tempoh yang telah ditetapkan, pendaftaran kursus tersebut dianggap betul dan sah untuk tujuan peperiksaan dan pengijazahan.
  6. Perlu diingatkan bahawa pembetulan yang dilakukan selepas Minggu Pengesahan Pendaftaran Kursus tidak akan dilayan. Kegagalan anda untuk menyemak dan mengesahkan pendaftaran kursus yang telah diambil boleh menjejaskan urusan peperiksaan anda.  Sebarang kecuaian adalah di bawah tanggungjawab anda.
  7. Sila rujuk Carta Alir Pengesahan Pendaftaran kursus yang disertakan bersama-sama dengan Notis Pengumuman ini.
  8. Pengesahan pendaftaran kursus secara online bolehdilakukan melalui laman web berikut http://mysis.upsi.edu.my/
Tarikh Notis  
:
4 Februari 2015  (Rabu)
Dikeluarkan oleh
:

Pejabat Pendaftar,
Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran)

Telefon 
:
05-4506992/6991/6923

Mengenai Kami

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan