Piagam Pelanggan

Kami di Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris akan :

berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional,beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

Piagam Pelanggan

Memastikan surat tawaran dan maklumat/panduan kemasukan secara atas talian dipaparkan di laman sesawang rasmi Kemasukan untuk capaian calon dalam tempoh tiga (3) hari selepas pengesahan calon jaya diterima.

Memastikan pelajar dan pensyarah memperolehi jadual kuliah secara atas talian selewat-lewatnya lima (5)  hari bekerja sebelum kuliah bermula.

Mengurus permohonan penangguhan atau berhenti daripada pengajian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Dekan Fakulti.

Memastikan jadual peperiksaan diumumkan kepada pelajar dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula.

Memastikan soalan peperiksaan boleh diambil oleh Ketua Pengawas dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

Memastikan keputusan peperiksaan pelajar diumumkan sehari selepas diperakui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Universiti.

Memastikan keputusan mesyuarat Senat diedarkan kepada Pusat Tanggungjawab berkaitan untuk tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mesyuarat Senat diadakan.  

Memastikan surat jemputan konvokesyen dikeluarkan satu (1) bulan sebelum tarikh istiadat konvokesyen.

Memastikan transkrip akademik dikeluarkan 14 hari bekerja selepas Senat mengesahkan pelajar tamat pengajian.

Memastikan setiap aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh  selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja.

Lokasi Kami

About UsBahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506315 / 6929 / 6318 / 6310 / 6612
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan