Objektif Kualiti Jabatan

Kami di Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris telah :

Menyediakan pengurusan dan memberi perkhidmatan akademik yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan melalui objektif kualiti setiap unit seperti berikut :

Kemasukan

Memastikan syarat kemasukan setiap program yang ingin ditawarkan dipaparkan di laman web UPSI dalam tempoh satu (1) hari selepas iklan kemasukan dikeluarkan di akhbar.

Memastikan setiap calon yang terpilih untuk kemasukan ke UPSI menepati syarat am dan syarat khas setiap program yang ditawarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum semakan status jaya dipaparkan dalam laman web UPSI.

Memastikan surat tawaran dan maklumat/panduan kemasukan secara atas talian dipaparkan dilaman web UPSI untuk capaian calon dalam tempoh tiga (3) hari selepas Mesyuarat Pemilihan.

Pendaftaran

Sembilan puluh lima peratus (95%) pelajar mendaftar kursus sehingga minggu ke-13 kuliah pada setiap semester semasa pra pendaftaran kursus.

Seratus peratus (100%) pelajar dan pensyarah memperolehi jadual kuliah secara online selewat-lewat nya satu (1) minggu sebelum kuliah bermula.

Peperiksaan

Memastikan keputusan peperiksaan diumumkan secara online selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh mula peperiksaan.

Memastikan jadual peperiksaan diumumkan kepada pelajar dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula.

Pengijazahan

Seratus peratus (100%) ijazah dan transkrip akademik boleh diambil graduan selepas selesai istiadat konvokesyen.

Memastikan surat jemputan konvokesyen dikeluarkan satu (1) bulan sebelum tarikh istiadat konvokesyen.

Memastikan transkrip akademik dikeluarkan dua (2) minggu selepas Senat mengesahkan pelajar tamat pengajian

Senat

Memastikan bahan Senat diedar secara atas talian kepada ahli satu (1) minggu sebelum mesyuarat diadakan.

Memastikan keputusan Senat dimaklumkan selewat-lewatnya satu (1) minggu selepas mesyuarat diadakan.

Perancangan & Pembangunan Akademik

Memastikan semakan semula program dibuat dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Memastikan kertas-kertas cadangan Penawaran Program Baharu dihantar ke MQA satu (1) bulan selepas diluluskan oleh JKPA.

Latihan Kakitangan

Seratus peratus (100%) kakitangan memenuhi mata minimum CPD.

Kepuasan Pelanggan

Memastikan setiap aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh dua puluh empat (24) jam hari bekerja.

Lapan puluh peratus (80%) pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Sistem Maklumat Pelajar

Memastikan Sistem Maklumat Pelajar dibuat penyelenggaraan seminggu sekali dan boleh digunakan pada setiap masa.

Rekod

Statistik berkaitan kemasukan, enrolmen dan graduan dibukukan satu (1) kali pada setiap semester.

Lokasi Kami

About UsBahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506315 / 6929 / 6318 / 6310 / 6612
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar

Hubungi Kami

About UsUnit Pengijazahan
Bahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506314 / 6994 / 6313
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Our Location

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan