SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA LEPASAN SPM

 

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

DAN

 
Sekurang-kurangnya Lulus/Gred E mata pelajaran Sejarah.



SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

DAN

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

ATAU

 Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

ATAU

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;

ATAU

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

DAN

Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1)/Band Satu (1).

 

Hubungi Kami

About Us
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris ,
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506932 / 6929 / 6930
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Our Location

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan