Panduan_Kemasukan

KE UPSI : APAKAH PROSES YANG PERLU DILALUI…?

PERLUKAH MELALUI UJIAN MEdSI, UJIAN KHAS DAN TEMU DUGA UPSI?

UPSI kini menawarkan pelbagai program pengajian untuk lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf dan BUKAN semua program perlu melalui tapisan-tapisan ujian/temu duga seperti di atas.

Bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) setiap calon yang memohon WAJIB menduduki dan MELEPASI TAHAP MINIMUM ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan LULUS temu duga lisan. Bagi calon yang memohon program ISMP berasaskan bidang sukan, seni dan muzik WAJIB pula menghadiri dan LULUS ujian khas.

    • Apakah Ujian MEdSI?

 Ujian MEdSI merupakan set soalan personaliti yang menilai empat (4) elemen utama pada diri calon iaitu personaliti, minat terhadap kerjaya, integriti dan kecerdasan emosi. Ujian ini mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh satu (1) jam. Ujian ini bertujuan mencari personaliti calon yang menepati personaliti kerjaya guru. Hanya calon yang melepasi tahap minimum/lulus ujian akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Olahan soalan dan inventori ujian MEdSI serta penaksirannya dijalankan oleh Jawatankuasa MEdSI di bawah Majlis Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA. Urusan menjalankan ujian adalah di bawah tanggungjawab Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Semakan status menduduki ujian MEdSI adalah di laman web UPSI www.upsi.edu.my

    • Apakah pula ujian khas?

Ujian khas adalah ujian bakat/kebolehan/ketahanan fizikal kepada calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan melibatkan bidang sukan, seni dan muzik. Program ISMP yang melibatkan ujian khas ialah:

  • AT22 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik)
  • AT23 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni)
  • AT03 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)
  • AT59 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
  • AT43 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan)

 

    • Apakah yang diuji dalam temu duga ?

Temu duga kemasukan ke program ISMP adalah untuk menilai TIGA (3) perkara utama iaitu:

  • Menilai prestasi diri calon merangkumi kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa, sahsiah dan sikap, kebernasan idea dan kepimpinan.
  • Mengesahkan kelulusan calon iaitu semakan dokumen-dokumen akademik sama ada maklumat pada dokumen asal menepati maklumat yang diisi dalam aplikasi online semasa memohon demi memastikan syarat am dan syarat khas program dipatuhi.
  • Selain itu, fizikal calon juga dinilai kerana untuk memasuki program ISMP, pihak KPM telah menetapkan syarat tambahan iaitu mesti sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal supaya calon dalam keadaan berupaya untuk mengikuti kursus-kursus yang dirangka dalam program ISMP berkenaan.

 

Semakan status menghadiri temu duga adalah di laman web http://upu.moe.gov.my

*Calon hanya boleh mengisi program ISMP pada PILIHAN 5 dan 6 sahaja dalam aplikasi permohonan online UPU.

 

 

 

Ijazah Sarjana Muda (ISM)

Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) TIDAK perlu menduduki ujian MEdSI dan temu duga. Pemilihan kemasukan ke program ISM akan ditapis secara langsung oleh sistem pemilihan di UPU berasaskan dasar meritokrasi. Program ISM yang tidak perlu menduduki ujian MEdSI dan temu duga ialah:

• AH16 - Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) dengan Kepujian
• AH17 – Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian
• AC10 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan Kepujian
• AA16 – Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian
• AE02 - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

*Calon boleh mengisi program ISM tanpa temu duga pada PILIHAN 5 hingga 12 dalam aplikasi permohonan online UPU.

KECUALI hanya tiga (5) program ISM sahaja yang perlu menduduki ujian khas sukan/ujibakat/temuduga iaitu:

• AS20 – Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
• AS72 – Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan Kepujian
• AS74 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian
• AA06 – Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dengan Kepujian
• AA56 – Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) dengan Kepujian

*Calon boleh mengisi program di atas ini pada PILIHAN 5 hingga 8 sahaja dalam aplikasi permohonan online UPU.

DIPLOMA LEPASAN SPM

Program Diploma di UPSI juga TIDAK perlu menduduki ujian MEdSI dan temu duga. Pemilihan adalah secara langsung menerusi sistem pemilihan di UPU berasaskan dasar meritokrasi seperti berikut:

  • A2000 -  Diploma Sains
  • A2002 -  Diploma Sains (Matematik)
  • A2003 -  Diploma Teknologi Makmal
  • A2160 -  Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • A2813 -  Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
  • A2520 – Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • A2212 -  Diploma Keusahawanan

 

*Calon boleh mengisi program Diploma tanpa temu duga ini pada PILIHAN 1 hingga 8 dalam aplikasi permohonan online UPU.

 

KECUALI hanya empat (4) program Diploma sahaja yang perlu menghadiri Ujian Khas iaitu:

    • A2112 -  Diploma Muzik
    • A2150 -  Diploma Bahasa Inggeris
    • A2125 - Diploma Tari
    • A2126 - Diploma Teater

Hubungi Kami

About Us
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris ,
35900 Tanjong Malim Perak , Malaysia.
Tel : +605-4506932 / 6929 / 6930
Faks : +605-4582670
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Our Location

 
Kementerian Pendidikan Malaysia PTPTN Jabatan Perkhidmatan Awam SPP MQA MyBSN Kajian Pengesanan