Anda boleh meminjam pakaian akademik iaitu jubah, hood dan topi (mortar board/bannet) mengikut tarikh, masa dan tempat seperti berikut manakala sesi adalah mengikut fakulti (link).

TARIKH

MASA

LOKASI

14 – 16 November 2019

8.00 pagi – 5.00 petang

Panggung Percubaan

Peminjaman selepas dari tarikh dan waktu yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan kecuali bakal graduan Borneo.

Anda dikehendaki melengkapkan mengesahkan kehadiran ke Istiadat Konvokesyen, membuat pilihan saiz jubah dan mencetak Borang Pinjaman Jubah melalui Sistem Jemputan Konvokesyen.

Panduan saiz jubah boleh dirujuk ketika membuat pilihan saiz jubah.

Semua bakal graduan sama ada hadir atau tidak dikehendaki membuat pengesahan kehadiran.

Bakal graduan yang mewakilkan rakan untuk membuat peminjaman pakaian akademik juga harus membuat pengesahan kehadiran dan membuat pilihan saiz jubah. Borang Pinjaman Jubah yang dicetak melalui sistem perlu diserahkan kepada wakil bersama slip bayaran yuran konvokesyen, slip pengesahan kajian pengesanan graduan dan borang kebenaran wakil untuk pinjaman jubah semasa datang membuat peminjaman pakaian akademik.

Seorang rakan hanya boleh mewakilkan dua (2) orang rakan lain sahaja untuk membuat pinjaman pakaian akademik.

Graduan boleh membuat pemulangan pakaian akademik selepas istiadat konvokesyen bagi program masing-masing selesai atau selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas itu mengikut masa dan tempat seperti berikut :

TARIKH

MASA

LOKASI

19 – 21 November 2019

8.00 pagi – 7.00 malam

Kompleks Akademik, KSAS

22 – 29 November 2019

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Rehat 1.00 – 2.00 petang

12.15 petang – 2.45 petang

(Jumaat Rehat)

Kompleks Akademik, KSAS

30 November – 1 Disember 2019

                                           TUTUP

Mulai 2 Disember 2019 dan seterusnya

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Program Diploma dan Sarjana Muda

Kompleks Akademik, KSAS

 

Program Master dan PhD

Institut Pengajian Siswazah, KJAS

Hanya Graduan yang telah memulangkan pakaian akademik dengan lengkap akan diberikan sekeping Kad Pengesahan Pemulangan Jubah dan kad tersebut perlu dikemukakan kepada petugas sewaktu membuat tuntutan skrol/transkrip masing-masing.

Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

BIL.

PERKARA

KADAR (RM)

IJAZAH LANJUTAN

SARJANA MUDA / DIPLOMA

1.

Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat)

10.00

10.00

2.

Denda rosak/hilang jubah

400.00

300.00

3.

Denda rosak/hilang mortar board (topi)

80.00

70.00

4.

Denda rosak/hilang hood

50.00

40.00

5.

Denda rosak/hilang semua pakaian akademik

450.00

350.00

Graduan yang tidak berkesempatan memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang ditetapkan boleh mewakilkan kepada rakan lain untuk memulangkannya dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik.

Skrol/transkrip akademik tidak akan dikeluarkan kepada graduan yang gagal memulangkan pakaian akademik yang lengkap dan graduan berhutang.

Skrol/transkrip akademik hanya akan dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas dokumen tersebut.

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

BIL.

PERKARA

KADAR (RM)

1

Bayaran Salinan Transkrip

10.00

2

Bayaran Salinan Ijazah

60.00

Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen berkenaan boleh dibuat dengan menghantar satu surat permohonan rasmi kepada Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Graduan juga boleh memberi kebenaran kepada pihak universiti untuk menguruskan perkhidmatan pos skrol/transkrip dengan mengisi Borang kebenaran Pos Skrol/Transkrip.

Semua bakal graduan adalah dialu-alukan untuk hadir ke sesi raptai Istiadat Konvokesyen bagi mendapatkan gambaran sebenar istiadat yang akan berlangsung.

RAPTAI PELAJAR

TARIKH   : 15 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

MASA   : 2.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN TUANKU CANSELOR, KSAS

Semua bakal graduan akan diberikan sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian akademik.

Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad jemputan.

Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam dewan.

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran yuran konvokesyen sama ada hadir atau tidak ke Istiadat Konvokesyen UPSI.

Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan masih belum menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.

Jumlah dan kaedah bayaran yuran konvokesyen boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.

BIL.

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR YURAN KONVOKESYEN

(RM)

PEAJAR TEMPATAN

PELAJAR ANTARABANGSA

1.

PhD / DPLI

200.00

400.00

2.

Sarjana

200.00

400.00

3.

Sarjana Muda

150.00

300.00

4.

Diploma

120.00

240.00

Bayaran yuran konvokesyen bagi graduan francais bolehlah dirujuk kepada universiti/kolej masing-masing.

MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN

Semua bakal graduan diwajibkan melaporkan diri lengkap dengan pakaian akademik untuk perarakan graduan di Panggung Percubaan pada sesi masing-masing yang boleh dirujuk di laman web konvokesyen UPSI.

Masa melapor diri bagi graduan

– sesi pagi ialah 7.15 pagi

– sesi petang ialah 1.30 tengah hari.

Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima Ijazah (nombor giliran adalah seperti yang tercatat dalam kad nama graduan).

Kad nama graduan akan diberikan kepada setiap bakal graduan semasa bakal graduan melapor diri di Panggung Percubaan pada Hari Konvokesyen.

Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk diserahkan kepada petugas semasa anda berdiri untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.

Bakal graduan yang mempunyai ketidakupayaan untuk berdiri lama boleh dikecualikan daripada mengikuti Perarakan Graduan.

Bakal graduan perlu memaklumkan ketidakupayaan kepada pegawai bertugas semasa melapor diri di Panggung Percubaan.

Sebuah bilik solat ada disediakan di dalam Panggung Percubaan bagi kemudahan graduan muslim.

PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH

Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Panggung Percubaan dan Dewan Tuanku Canselor mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Kad Nama Graduan.

Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Doktor Falsafah/ Sarjana/Diploma Pendidikan/Sarjana Muda/Diploma.

Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima ijazah masing-masing. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan.

Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

Apabila nama graduan diumumkan;

graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor.

tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).

terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan dengan kedua belah tangan.

beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada Tuanku Canselor dan “Terima kasih” kepada Pro Canselor.

undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal.

bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan iaitu di sebelah hadapan kiri dewan (menghadap pentas).

Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

PERARAKAN GRADUAN MASUK DAN KELUAR DEWAN

Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan mengikut nombor giliran masing-masing untuk masuk ke Dewan Tuanku Canselor.

Bakal graduan adalah diingatkan untuk tidak meninggalkan dewan sepanjang istiadat berlangsung.

Graduan akan berarak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.

Semua pergerakan graduan masuk dan keluar dewan hendaklah mengikut Pepandu Perarakan dan arahan pegawai istiadat yang bertugas.

Graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. Sistem akan dibuka mulai 18 Oktober 2019. (Klik Disini)

 Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I:

  1. Layari laman rasmi SKPG I di graduan.mohe.gov.my (tanpa tambahan perkataan lain selepas .my)
  2. Seterusnya, sila klik butang Log Masuk Graduan Tahun Konvokesyen 2018.
  3. Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut;

        No.KP/Passport :  
        Institusi : Universiti Awam
       Nama Institusi:  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  4. Klik Hantar/Submit

    Sekiranya graduan menghadapi masalah untuk akses atau sebarang kesulitan untuk meneruskan soal selidik ini, pihak IPT boleh maklumkan kepada pihak Tracer Study menerusi emel berserta maklumat berikut;

        i.    Nombor kad pengenalan/pasport                   
        ii.    Nombor pelajar                                                
        iii.   Nama Penuh              
        iv. Browser yang digunakan (contoh: Mozilla Firefox, Internet Explorer, Google Chrome atau sebagainya)               

  1. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan   bersama screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut)

Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga perlu menjawab soal selidik tersebut dan perlu menyerahkan Slip Pengesahan Kajian semasa peminjaman pakaian akademik.

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan Kajian Pengesanan Graduan, sila emelkan kepada:

tracerstudy@mohe.gov.my 

atau Unit Teknologi Maklumat Akademik & Rekod BHEA <utma@upsi.edu.my>

015-4879 7984/7850

Sekian, terima kasih.

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

Lelaki :

Berbaju Melayu lengkap bersamping, atau

Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, atau

Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam dan

Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Wanita :

Baju kurung/Baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (split). Graduan mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

Gaun dan skirt hendaklah labuh ke bawah paras lutut.

Warna pakaian adalah bebas.

Kasut sarung dengan tinggi tumit sekurang-kurangnya 1 inci. (Selipar adalah tidak dibenarkan)

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh Universiti.

Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen.

Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.