You are here: Home

Permohonan Online

Soalan Lazim

E-mail Print PDF

Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke Universit Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  
 

Permohonan

  
1
    Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke UPSI bagi Sesi Akademik Ambilan Disember 2010/2011 disiarkan?
 

Pada 03 Oktober 2010 di akhbar Minggu Malaysia, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan dan Website UPSI.

  
2
Bilakah  Pemohon  boleh mengemukakan  permohonan kemasukan ke IPTA?
 

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 boleh  dikemukakan  mengikut  program  melalui  Aplikasi  Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut;

  
3.
    Bilakah  tarikh  tutup  Permohonan  Kemasukan  ke  UPSI  Sesi Ambilan Disember 2010/2011?
 Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Oktober 2010
  
4
    Bagaimanakah untuk mendapatkan borang  permohonan kemasukan ke UPSI ?
 

Tiada sebarang penjualan borang permohonan  kerana  permohonan  kemasukan  ke  UPSI  adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya.

  
5

    Perlukan saya membeli nombor ID / PIN dan dimana boleh dibeli?

 

Ya, setiap permohonan mestilah menggunakan no ID/PIN iaitu BITARA ID yang boleh dibeli di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) diseluruh negara.

  
6.

Macamana nak beli BITARA ID?

 

Terdapat  3  kaedah  untuk  mendapatkan  Nombor  BITARA ID  bagi permohonan kemasukan ke UPSI melalui Aplikasi Dalam Talian:

  1.  
    • Pembelian Melalui Mesin ATM
    • Pembelian melalui BSN : SMS
    • Pembelian  terus  di  kaunter  BSN di seluruh Negeri sehari selepas iklan
  
7.
    Perlukah  saya  sertakan  salinan  sijil  sebagai  bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
 

Ya. Perlu menghantar Sijil Penilaian KoKurikulum.

  
8
    Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UPSI?
 

Pemohon perlu mencetak PERAKUAN PERMOHONAN dan menghantar bersama-sama  dengan  salinan  dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

  • Satu (1) salinan keputusan SPM dan sijil-sijil akademik yang berkaitan yang disahkan
  • Satu (1) salinan keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/transkrip Diploma (yang menunjukkan keputusan peperiksaan semua semester termasuk semester akhir) atau salinan keputusan peperiksaan setiap semester yang telah disahkan
  • Satu (1) salinan keputusan MUET yang telah disahkan
  • Satu (1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan
  • Satu (1) salinan Sijil Lahir yang disahkan
  • Satu (1) salinan Borang Penilaian Ko-kurikulum yang disahkan atau satu(1) salinan sijil-sijil kokurikulum yang telah disahkan (jika tiada Borang Penilaian Aktiviti Ko-kurikulum) 
  
9
Adakah pemohon dibenarkan  membuat  pertukaran/  pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke UPSI?
 

Pemohon boleh mengemaskini maklumat sebanyak mana yang dikehendaki selagi belum menghantar/klik butang Pengesahan pada borang online tersebut.  Selepas menghantar Pengesahan, pemohon tidak dibenarkan lagi membuat pengubahsuai maklumat.

  
10
Adakah pemohon dibenarkan menukar program pengajian setelah menerima tawaran?
 

Tidak dibenarkan.

  
11
    Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UPSI?
 

Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi semua kelayakan.

  
12
    Sekiranya saya kehilangan Nombor BITARA ID setelah membuat permohonan,  apakah langkah  atau  cara  terbaik  untuk  saya melaksanakan proses kemas kini atau semakan permohonan?
 

Sekiranya anda kehilangan Nombor BITARA ID semasa permohonan, anda boleh menghubungi kami ditalian 05-4506932 / 6929  /  6930   untuk mendapatkan semula no BITARA ID.

  
13
    Adakah  pemohon  wajib  menduduki  ujian  MEdSI  dan  Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
 

Calon  yang  ingin  mengikuti  Program  Pengajian  Ijazah  Sarjana Muda  Pendidikan  diwajibkan  menduduki  ujian  MEdSI  dan  temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon  yang memenuhi Syarat  Am  serta  Syarat  Khas program sahaja akan dipanggil untuk  menghadiri ujian MEdSI dan Temu duga.

Tarikh Ujian MEdSI dan Temu Duga          -           31.10.2010 - 03.11.2010

 14Apakah maksud ”untuk pasaran terbuka (open market) iaitu TIADA JAMINAN penempatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian”.
  Bermaksud selepas tamat pengajian nanti, tiada penempatan ke sekolah kerajaan. Anda perlu mencari pekerjaan sendiri untuk menjadi guru.
 15  Bolehkah menjadi guru walaupun mengikuti program untuk Open Market ini ?
  Ya, anda memang boleh menjadi seorang guru, dan bezanya anda tidak di postingkan di sekolah kerajaan sahaja.
 16 Dimanakah saya boleh cari kerja?
  Anda boleh menjadi guru di sekolah-sekolah swasta, kolej-kolej swasta dan di sektor kerajaan sebagai pentadbir.
 17 Jika Ijazah mempunyai pendidikan, adakah boleh untuk tidak menjadi guru?
  Boleh
Last Updated ( Friday, 01 October 2010 15:12 )  

Tetamu di Talian

Hubungi Kami

 Sekiranya pemohon mempunyai sebarang masalah, sila maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk pertanyaan lebih lanjut. Read more